
Seriously, Anis memang tak tahu macam mana nak join contest. Tak tahu sebab apa? Entah lah.. Anis pun tak tahu. Haha :P
Ohh ya.. big thanks to Budak Vanilla sebab dah tag Anis. :)
Few rules need to be followed :1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourself.
3. Answers the questions the tagger set for you.
4. Create 11 new questions for those you want to tag.
5. Choose 11 bloggers to be tagged and link them to the post.
6. You are not allowed to tag back.
11 things about me. :)
1. Saya seorang blogger yang gemar mengikuti segmen, giveaway dan contest dengan harapan untuk menang!
2. Saya seorang yang peramah, suka berkawan, suka ketawa dan membuat lawak. Eh, lawak ke aku ni?
3. Sangat meminati boyband dari England iaitu One Direction dan berharap akan berjumpa dengan mereka suatu hari nanti. Insya Allah..
4. Saya nak tergolong di antara blogger tercantik di Malaysia seperti Fatin Liyana dan Amirah Filzah. Woww.. they are so gorgeous !
5. Minat dengan seorang mamat kat Twitter. Harap-harap dia tak tahu aku minat dengan dia.
6. Sangat sukakan fashion terutamanya hijab dan sebagainya..
7. Nakkan SmartPhone..
8. Sometimes I was good in English..
9. Tak suka mata pelajaran Mathematics.
10. Seorang yang pemalas terutamanya mengemas rumah. Ini adik aku yang cakap. Tak tahu betul atau tak.
11. Selfish girl.. Ini pun adik aku yang cakap. Tak tahu betul atau tak.
Now nak jawab soalan daripada Budak Vanilla ni pula. Harap-harap semua soalannya senang. Malas nak pikiaq panjang-panjang.
1. Apa pendapat korang pasal blog Budak Vanilla nie..
~ Blog akak cantik, kemas dan Anis sangat sukakannya.
2. Bagi pendapat korang macam mana perangai BudakVanilla berdasarkan cara penulisan dalam blog nie.. :)
~ Anis tak berapa kenal sangat dengan BudakVanilla ni. Entri akak pun Anis jarang baca. Maaf.
3. Apa hobi dan cita-cita korang masa kecik-kecik dan sekarang? Bandingkan. hee
~ Hobi dan cita2 sentiasa berubah-ubah mengikut arus semasa. Wah..gituu Masa kecik2 saya sangat suka menari dan menyanyi. Sekarang Anis suka online, tweet dan blogging terutamanya. Cita-cita nak jadi doktor atau cikgu Bahasa Inggeris. Tambahan untuk cita-cita nak jadi model muslimah. Hehe..
4. Korang suka baca buku apa? Novel? Komik? Buku ilmiah?
~ Hobi Anis memang suka baca buku tak kisah la jenis apa. Rasanya lebih kepada novel kot. Hehe
5. Apa yang korang tahu pasal anime. muehehe
~ Err.. kartun ala-ala Jepun? Tak berapa tahu sangat lah tapi Anis memang suka lukisan anime.
6. Mimpi manis korang yang paling korang ingat? :)
~ Terlalu banyak sampai susah nak tulis. Hehe :P Mimpi jadi kaya pastu ada rumah besar and boleh beli apa sahaja.
7. Kalau diberi peluang nak pergi mana-mana tempat di dunia. Korang nak pergi mana dan kenapa.
~ Of course Anis nak pergi ke Mekah sekali gus menunaikan haji di sana. Tempat kedua nak pergi ialah Paris. Insya Allah..
8. Kalau lah wujud si pari-pari yang menunaikan tiga hajat korang. Apa tiga hajat tu?
~ First, nak jadi cantik. Second, nak apa yang saya nak saya dapat. Third, nak pergi tempat kat atas tu.
9. Kalau korang diberikan peluang untuk jadi satu watak filem yang korang minat. Agaknya watak siapa tu dan filem apa? :D
~ Anis jarang tengok filem and kebanyakkannya Anis tak ada rasa nak jadi watak tu.
10. Sebelum tido malam-malam korang suka buat apa? sebab.
~ Main rambut atau tengok handphone.
11. Nyatakn beberapa perangai korang yang dianggap pelik tapi benar. *hehehe*
~ Suka main rambut. Itu memang habit Anis. Tak tahu lah kenapa.
Huh.. akhirnya Anis dah berjaya jawab semua soalan BudakVanilla. Tak lah susah sangat pun. Hehe :P
11 soalan untuk blogger yang kena tag :
1. Ada WeChat / WhatsApp / Line? Sila nyatakan id anda supaya Anis boleh add. :)
2. Apa pendapat korang tentang blog dan entri Anis.
3. Ada crush tak? Haha :D
4. Kenangan pahit dan manis yang masih diingat sampai sekarang.
5. Sekiranya hari ini ialah Hari Bercakap Benar sedunia, apakah yang anda ingin katakan kepada Anis?
6. Pernah di malukan di khalayak ramai?
7. Siapakah idola anda? Mengapa?
8. Apakah benda termahal yang pernah anda dapat?
9. Nyatakan habit buruk anda beserta sebab.
10. Apakah pendapat korang tentang diri Anis berdasarkan penulisan Anis.
11. Suka lagu apa dan kenapa.
Terima kasih kerana sudi menjawab semua soalan Anis. Soalan ini Anis tujukan kepada siapa?
0 comments:
Post a Comment