MeMyself

  • Subscribe to our RSS feed.
  • Twitter
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • Facebook
  • Digg

Monday, June 10, 2013

Peristiwa-peristiwa Penting Di Bulan Syaaban

Posted on 1:11 AM by Unknown


1. Malam Nisfu Syaaban

Dari Abi Hurairah ra dari Nabi Muhammad SAW bersabda maksudnya :
"Telah datang Jibril as pada malam Nisfu Syaaban dan dia berkata, Ya Muhammad, pada malam ini pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat dibuka, maka berdirilah dan kerjakan sembahyang lalu angkatlah kepalamu dan kedua tanganmu ke langit!" 

Kata saya (Nabi Muhammad SAW):
 "Hai Jibril, apakah erti malam ini ?" 

Dia (Jibril) menjawab:
 "Pada malam ini telah dibuka 300 pintu rahmat, maka Allah telah mengampuni orang-orang yang tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu kecuali ahli sihir, bomoh hitam, orang-orang yang suka permusuhan/pergaduhan, peminum arak, orang-orang yang berbuat zina, pemakan riba, orang-orang yang derhaka kepada kedua orang tua, orang-orang yang suka mengadu domba (batu api) dan orang-orang yang memutuskan tali persaudaraan, maka sesungguhnya mereka itu tidak akan diampuni kesalahannya sehingga mereka mahu bertaubat dan tidak akan mengulang lagi atas perbuatannya itu."

Maka pergilah Nabi Muhammad SAW untuk mengerjakan sembahyang serta menangis di dalam sujudnya dengan membaca: 
"Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari seksaMu dan murka Mu dan aku tidak menghitung-hitung pujian kepadaMu, sebagaimana Engkau memuji kepadaMu sendiri, maka segala puji bagiMu sehingga Engkau redha." 
Dipetik dari Kitab Zubdatul Wa'idzin.

2. Penukaran Arah Kiblat

Pada awal diwajibkan perintah solat kepada umat Islam, Rasulullah SAW dan para sahabat berkiblatkan Baitul Muqaddis. Ini telah menjadi satu kontroversi pada waktu itu.Umat Yahudi telah mendakwa bahawa agama mereka adalah benar dan diredhai oleh Allah SWT kerana umat Islam telah meniru arah ibadat mereka iaitu menghadap Baitul Muqaddis.

Umat Islam telah ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan dan ujian. Para Sahabat RA telah mengadu kepada Rasulullah SAW dan Rasulullah SAW menyuruh mereka agar terus bersabar dengan ujian itu sehinggalah ada perintah baru dari Allah SWT.Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar tentang apa yang berlaku pada ketika itu. Allah SWT telah mewahyukan agar Rasulullah SAW mengadap ke Baitullah Kaabah.

Sebahagian ulama sirah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW menerima wahyu perintah mengadap Baitullah pada 15 Syaaban semasa beliau mengimamkan solat.Sebahagian ulamak mengatakan pada solat Asar, ada yang mengatakan Maghrib dan ada yang meriwayatkan pada solat Isya'. Rasulullah SAW sebagai imam terus mengadap ke Baitullah dan diikuti oleh para sahabat sebagai makmum.

3. Peperangan Bani Mustaliq (Muraisi')

Bani Mustaliq ialah salah satu puak dari kaum Yahudi. Mereka telah merancang untuk membunuh Rasulullah SAW dan berita ini disampaikan kepada Rasulullah SAW oleh seorang sahabat dari puak badwi.Peperangan ini adalah turutan dari peperangan bani Quraizah, kaum yahudi yang telah dihalau oleh Rasulullah SAW keluar dari Madinah.

Peristiwa ini terjadi pada bulan Syaaban, 5H. Pasukan kaum muslimin dapat melumpuhkan pasukan Bani Mustaliq.Sebagian pasukan Bani Mustaliq ada yang ditawan, termasuklah salah seorang puteri pemuka Bani Mustaliq yaitu Barrah, yang nama lengkapnya adalah Barrah binti al-Harris bin Dirar bin Habib bin Aiz bin Malik bin Juzaimah Ibnu al-Mustaliq. Al-Harris bin Dirar, ayah Barrah adalah pemimpin Bani Mustaliq.

Barrah telah menjadi tawanan perang milik Sabit bin Qais. Disebabkan Barrah ini seorang perempuan yang cerdik, ia meminta untuk dibebaskan dari Sabit bin Qais, setelah diadakan pembicaraan, Sabit bin Qais meminta tebusan yang mahal.Tetapi, Barrah waktu itu langsung menemui Rasulullah SAW untuk membicarakan masalah tebusan bagi dirinya.

Kemudian Rasulullah SAW pada waktu itu menyetujui membebaskan Barrah dan menebusnya dari Sabit bin Qais dan terus menikahi Barrah dan Rasulullah SAW mengganti nama Barrah menjadi Juwairiyah.

Tindakan Rasulullah SAW ini telah memberi banyak faedah kepada umat Islam ketika itu, diantaranya ialah ramai dikalangan Bani Mustaliq yang memeluk Islam dan terpadamnya dendam permusuhan di antara umat Islam dan Bani Mustaliq.Juwairah meninggal dunia pada tahun 56H.

Begitu besarnya fadhilat bulan Syaaban. Marilah kita sama-sama mengambil kesempatan ini untuk mengimarahkannya.

Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Posted in info, syaaban | No comments
Newer Post Older Post Home

0 comments:

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)

Popular Posts

  • First Giveaway By Anadiera
    Tag : Awak
  • [GIVEAWAY] From Canada with Love by Doddles of Life
    Tarikh tutup : 14 May 2013 // 11.59 pm
  • Segmen Lucky Draw by dyanzakhi,nabilabiela
    Tamat : 28 Mei 2013 * Cantiklah banner tu. I like! *
  • Fly Away (Ronan) - Taylor Swift
    I remember your bare feet down the hallway I remember your little laugh Race cars on the kitchen floor, plastic dinosaurs I love you to the ...
  • 1st Time Dinner Kat Kenny Rogers Roaster
    Selamat petang korang. Hari ni anis semangat nak update blog pasal cuti 2 minggu lepas. Anis takde pergi holiday kat mane pun. Just visit my...
  • I Wrote This Entry Special For You :)
    Hey Kevin ! Haha :D I don't know what to say but I feel like I'm happy to be friends with you. Even though we've just chatting o...
  • MOUSTACHE GIVEAWAY by Sweetie's Handmade
    Anis tag kamu : -  Awak -  Kamu -  Anda
  • My First Giveaway
    Tagged : http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/ http://mardiyanhani.blogspot.com/
  • 2nd Photo Giveaway by iNO
    Maaf jika terlalu keterlaluan .  Mangsa tag : http://serioushearts.blogspot.com/ http://ceritahatikuu.blogspot.com/ http://hilary3music.blog...
  • Segmen Tambah Follower Laju Laju Part II
    3 komen Anis tentang blog Ieka Farhana : 1. Header and footer dia cantik + comel 2. Blog dia full of pink. I like ! 3. Syarat penyertaan seg...

Categories

  • fruit
  • info
  • syaaban

Blog Archive

  • ▼  2013 (500)
    • ►  September (1)
    • ►  August (10)
    • ►  July (52)
    • ▼  June (54)
      • Giveaway Cahaya Ramadhan
      • Segmen 2 in 1 by Hanis Masturina
      • Segmen Pendek Oleh Fiq Izumi
      • Mini Segmen by Sabrina SA
      • Segmen Bloglist July By Anis
      • Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan
      • 1st Mini Giveaway by Mazni & Intan
      • Big Giveaway by Alyaa Najlaa
      • Segmen My Feveret Song Everrrr by Miss Fifi
      • nfj boutique mini giveaway
      • Segmen Doodle Comel by Fizgraphic
      • 2nd Mini Giveaway by Y.E.A =)
      • Segmen Kaler Doodle
      • Mid Year Giveaway by Fatin Diana
      • first giveaway by ecah khalili
      • First giveaway by eyla
      • Segmen Pencarian Blogger #1 Oleh ieta
      • Mega Giveaway by Ina
      • 1st Time Dinner Kat Kenny Rogers Roaster
      • Segmen #2 : Twitterwalking & Blogwalking
      • Giveaway by Anis and Sufiah
      • First Giveaway by Nazatul Nashya
      • Giveaway : Like & Menang
      • Heart Contest by KI
      • 2nd Photo Giveaway by iNO
      • Segmen Rilakumma Badge
      • giveaway kecik-kecik
      • GA by Cik Cempaka
      • Giveaway Silent Confessions
      • My 1ST Giveaway By Hathirah
      • Saya Nak Blogger Card Running Man | Jae Suk
      • Segmen Blogger Takkan Terpisah
      • MiniHoli Giveaway By Ain Mfna
      • Simple Giveaway #2
      • I Wrote This Entry Special For You :)
      • Segmen : tambah & kenali kaki blog mengikut bulan ...
      • Giveaway "I Love U" Chocolate
      • #AlyiaFarzanaGiveaway
      • Segmen "2 in 1" by ~ Nabila
      • 1st Topup Giveaway by Y.E.A
      • Mini Giveaway by ZakieAzid
      • Jom Join : Giveaway Ke-2 by Jaakechik
      • 1st GiveAway Qiela Azman
      • Peristiwa-peristiwa Penting Di Bulan Syaaban
      • Segmen Saya Nak Shawl
      • My First Giveaway By Nad
      • Giveaway "I Love Peplum" by Nurin Aireen
      • Holiday Giveaway By Me!
      • 2 Weeks Simple Segmen by HS
      • Short Segmen by Anis & Syara
      • Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K
      • 1 week school holiday segmen by FH
      • Happy Holiday Giveaway by Nurmujahidah
      • SimSimi Pun Kenal Kaulah !! :P
    • ►  May (109)
    • ►  April (121)
    • ►  March (96)
    • ►  February (57)
Powered by Blogger.

About Me

Unknown
View my complete profile