Alhamdulillah.. Masuk hari ini, sudah 6 hari kita berpuasa. Aniss bersyukur sangat2 kerana masih dapat meneruskan ibadah puasa ini tanpa ada sebarang halangan. Aniss harap akan berterusan sehingga hari yang ke-30. Insya Allah :)
Juadah berbuka hari ni agak simple saja sama seperti hari2 yang sebelumnya. Malangnya, Aniss tak ikut parents Aniss pergi ke bazaar petang tadi. Mood hendak berjalan itu semakin berkurangan apabila musim Ramadan nie. Almaklumlah, kalau Anis pun turut serta tadi, mesti membazir dibuatnya. Yelah.. beli banyak2 ikut nafsu tapi tak dapat nak habiskan. Hehe ^_^
Ehh.. Berbalik kepada cerita, parents Aniss just beli Nasi Katok (first time makan tadi; tak pernah dengar pun sebelum nie :P) , asam laksa dan cheese cake. Kira okay lah tu kan daripada tak ada langsung! So far, I'm very grateful! :D
0 comments:
Post a Comment