
Senyuman menawan mampu menarik perhatian daripada sesiapa sahaja. Ia sekali gus boleh menaikkan seri wajah. Namun bagaimanakah caranya untuk mendapatkan senyuman yang sempurna dan menarik ? Tips kali ini Anis nak kongsi 10 cara merawat dan menjaga gigi.
1. Berus gigi anda sekurang - kurangnya dua kali sehari atau pun setiap kali anda mengambil makanan. Bagi memudahkan keadaan , simpan berus gigi anda dalam beg agar anda boleh menggunakannya apabila diperlukan. Segelintir orang pasti tidak selesa jika tidak memberus gigi selepas makan. Amalan ini patut dicontohi oleh kita semua.
2. Terdapat pelbagai jenis ubat gigi di pasaran seperti untuk gigi putih , sensitif dan perokok. Pilih mengikut kesesuaian gigi anda.
3. Pemilihan berus gigi sama pentingnya dengan ubat gigi. Adalah penting untuk kita mengetahui dan memahami terlebih dahulu bentuk berus gigi yang sesuai. Berus gigi yang bagus seharusnya mempunyai bentuk kecil di bahagian depan dan lembut di bahagian tengahnya. Ia penting di bahagian tengahnya. Ia penting dan amat membantu ketika kita mahu memberus di bahagian - bahagian sukar dan tersorok di sekitar gigi.
4. Sentiasa menukar berus gigi anda sekurang - kurangnya setiap tiga bulan sekali. Ia harus dilakukan apabila tiba masanya dan tiada kompromi. Kebanyakkan daripada kita hanya akan menukar berus gigi baru apabila berus gigi yang lama sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.
5. Rajin - rajinlah berkumur agar plak dan sisa makanan dapat dikeluarkan daripada celah - celah gigi. Amalan ini perlu dilakukan sejurus selepas makan. Namun jangan melakukannya secara kuat serta terbuka kerana ia mungkin akan mengganggu orang lain. Ia juga bagi membantu menyegarkan dab menghilangkan bau nafas. Kumurkan ia secara berselang - seli dengan air suam. Lakukan ia selepas selesai menggosok gigi.
6. Buat janji temu dengan doktor gigi sekurang - kurangnya dua kali setahun. Pemeriksaan dan nasihat yang diberikan pasti membantu anda mengekalkan atau memiliki gigi yang sihat dan cantik. Jangan kata ia membazir kerana gigi yang ada ini bukan digunakan untuk sementara saja tapi untuk jangka masa yang panjang.
7. Anda juga boleh mencuba petua - petua lama untuk memiliki gigi yang cantik. Pasti banyak yang boleh diamalkan dan boleh membantu. Namun , pastikan ia benar - benar terbukti berkesan dan tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan.
8. Jika gigi anda mempunyai kesan karat atau kekotoran sukar tanggal , buah strawberi dapat membantu untuk menghilangkannya. Gosokkan strawberi di kawasan tersebut secara perlahan - lahan dan beberapa kali sehinggalah kesan yang tidak diingini itu hilang.
9. Teknologi terkini pemutihan dan mencantikkan gigi oleh pakar gigi juga semakin mendapat perhatian. Walau bagaimanapun , pastikan anda mendapat khidmat nasihat daripada pakar bertauliah.
10. Biarpun anda sudah memiliki gigi yang putih serta senyuman menarik , tetapi anda tetap harus berhati - hati terutama selepas makan (di luar). Pastikan tiada sebarang sisi makanan terselit pada gigi. Jika semuanya baik , barulah anda dapat senyum dengan penuh rasa bangga dan keyakinan.
0 comments:
Post a Comment