
Hai guys ! Malam ni anis join satu lagi segmen. Kalau korang nak join , boleh klik banner tu okay !
Anis aktif berblogging nie since November 2012. Maaf anis tak ingat bila tarikh anis buat blog tu tapi kalau tak silap , masa cuti sekolah.
Ada sebab kenapa anis buat blog nie. Ilham nak buat blog nie daripada ibu anis. Ibu anis pun aktif berblogging tapi ibu anis lebih kepada fashion. Kalau korang nak tengok , boleh tekan kat sini. Masa tu ibu anis tanya pendapat kat kitorang tentang blog dia. So dari situlah anis rasa macam seronok pula berblogging nie kan. Bagi bloggers tu memang dah tau lah kan tapi bagi newbies tu , korang boleh rasa sendiri.
At first , anis memang tak tahu nak post apa , macam mana nak edit blog and macam - macam lagi lah. Masa anis nak buat blog nie , anis selalu rujuk tutorial kat blog Cik Farah. Kat situ barulah anis faham macam mana nak edit blog , apa aksesori yang perlu ada kat blog kita supaya orang suka and macam - macam lagi lah. Memang lah kita akan jumpa blog yang cantik lagi menarik lepas tu nak buat macam tu kan , tapi nak buat macam mana , kita memang tak tahu apa - apa masa tu.
Dulu , anis selalu follow blog orang yang comel - comel sebab anis suka sangat blog macam tu and I wish I could do it for my blog. Sampai satu hari tu , anis macam nak menangis sebab anis nak sangat template yang cantik - cantik sampai lah anis tahu kat mana nak cari template yang cantik - cantik iaitu kat Blogskins kan ? Korang pun mesti tahu tentang itu kan ?
Tapi , masalah lain pulak datang. Korang tau tak apa masalahnya ? The problem is anis tak tahu macam mana nak download. (Hadoii.. perkara kecil macam tu pun kau tak tahu ke? -.- ) Memang lah anis tak tahu sebab masa tu anis baru lagi kat dunia blogging nie. Sampai lah satu hari anis DM Kak Aeen kat Twitter macam mana nak download sebab template dia semuanya cun - sun gila. And then dia kata , klik kat Blogger Main. Cari punya cari , last - last dapat dah and dari situ anis edit sikit - sikit.
Kalau korang perasan kan , blog anis nie mesti ada colour pink kan. Of course lah , pink is one of my favourite colour. Asal je anis edit ke apa ke , mesti ada warna pink. Anis minta maaf lah ek for those yang tak suka colour pink tu. Tapi kebanyakkan blog anis nampak , especially girls mesti ada warna pink.
But one thing yang anis masih nak belajar sangat is macam mana nak buat header sendiri. Maaf lah ek , anis cuma ambil kat goggle je header nie. Sesiapa yang baik hati tuu , boleh lah buatkan anis. Haha
Now nak cerita pasal follow memfollow nie. Anis memang suka sangat follow blog yang cantik - cantik. Followers anis memang tak banyak , setakat 106 macam tu korang tak rasa apa - apa kan , tapi bagi anis itu satu perkara yang bagus. Kenapa ? Yalah.. ada jugak yang sudi follow blog anis walaupun blog nie tak secantik blog you all kan.

0 comments:
Post a Comment